Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis
yang biasanya dihasilkan
oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah
kediaman, dan termasuklah sisa taman.
Contoh Sisa Pepejal
Sisa makanan, kertas, kadbod,
plastik,tekstil, kulit, sisa taman, kayu, kaca, bahan logam seperti tin
aluminium dan sebagainya.
Mengurus sisa pepejal
Mengikut bancian Jabatan Perangkaan Malaysia (2009) populasi penduduk Malaysia meningkat daripada 6 278 000 orang pada tahun 1957 kepada 27 729 000 orang pada tahun 2008 mengikut perangkaan terbaru.
Seiring dengan peningkatan penduduk, masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal seperti polisterin dan beg plastik semakin rumit.
Menurut pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tengku Nuraiti Tengku Izhar, secara purata setiap individu negara ini menghasilkan di antara 0.5 dan 0.8 kilogram sampah setiap hari bergantung kepada ekonomi dan faktor geografi sesuatu kawasan.
Oleh itu, penduduk Malaysia menghasilkan 7.6 juta tan sampah setahun. Daripada jumlah itu, 45 peratus sisa buangan adalah berupa bahan makanan, 24 peratus bahan plastik manakala yang selebihnya adalah bahan yang selain keduanya.
Apakah peranan kita berdepan dengan masalah pengurusan sisa pepejal dan pencemaran plastik?.
Antaranya adalah
Definisi: "Re"
merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle"
merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula"
merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan
mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau
kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk
kegunaan kita.